Pernikahan,Menyingkap tirai rahsia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah r.a,
Tidaklah setaqwa Aisyah r.a,
Juga tidak setabah Fatimah Az-zahra,
Justeru isteri kamu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah.
Pernikahan,Mengajar kewajipan bersama.
Isteri menjadi tanah
kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman
kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan
kamu gembalanya,
Isteri adalah murid
kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil
kamu tempat bermanjanya,
Seketika Isteri menjadi racun
kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok
berhati-hatilah meluruskannya.
Pernikahan,menginsafkan diri dengan perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar erti Sabar dan Redha Allah (SWT),
Kerana memiliki Isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersedar dari alpa.
![]() |
| *Gambar Sekadar Hiasan |
Hamba-Nya,
Amiera MD

No comments:
Post a Comment