Friday 13 June 2014

Lemas Menggapai

Assalamu' Alykum,
Mama Abah setiap detik In Sha Allah Amiera memuliakan kamu..

Ini pesanan 'perumpamaan' dari Mama buatku.
Mama: Anakku jangan lupa hantar 'bubur' tiap lima waktu kamu jika Mama dan Abah sudah kembali ke Rahmatullah.

Amiera: Bubur??

Mama: Al-Fatihah dan Ayat Quran kerana di ibaratkan Mama di 'sana' seperti orang sakit di hospital menanti anak2 menghantar makanan dan lawatan setiap 'waktu melawat'...Jika katil sebelah anak2nya menghantar 'bubur' tapi jika kamu tidak menghantar 'bubur' Mama dan Abah hanya mampu melihat sayu....faham maknanya itu?

Amiera: maksud Mama 'waktu melawat' adalah setiap solat 5 waktu itu kan?Dan 'bubur' itu adalah Al-Fatihah dan ayat Quran kan Mama?

Mama: Ya anak sulung kesayangan Mama....

Amiera: In Sha Allah....dengan didikan dari Mama ini bakal Amiera tidak akan lupa...


P/s: Tahukah anda berbual dengan nada Qaulan Karima bersama Ibubapa adalah satu ibadah....




Hamba Allah,
Amiera Mohd Dan

Friday 16 May 2014

Ya Rasulullah.

Assalamu' Alykum..
Aku merinduimu Ya Rasulullah...
Sungguh aku merinduimu wahai utusan Allah..


Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him




Hamba-Nya,
عميرامحمد دان

Saturday 10 May 2014

She 'IS' .......

Assalamu'Alykum mama,
As far as I stepped but when I Stop, Turn back and Looked you were still standing there mom.

Mama,
If you go away,
This world will be full of solitude,
All these stories will be faded,
Every happiness is related to you,
There's nothing without you,
Come let's weave,
Little dream together,
I promise you that ,
I will not leave you,
No matter you take our life,
Keep me in your memories,
YOU always stay close to me,
Tell your eyes not to weep,
Let there be only HAPPINESS in them.


Laytaka dawman qareeb..


With Lots of Love,
From Your Daughter,
Amiera Mohd Dan



Thursday 8 May 2014

RAHSIAkan rancangan Lamaranmu.

Assalamu' Alykum....
Buat Zauj/Bakal Imam/Muslim Sejati...
Aku kongsikan dari pembacaanku...
Buat Zaujah/Bakal Isteri/Muslimah Sejati....
Di alu-alukan membaca untuk ilmu..

Dari Hadis Riwayat Ahmad.

Jabir bin Abdullah berkata Rasulullah(SAW) bersabda,

Rahsiakan rancangan lamaranmu. Kemudian ambil wuduk dan berwuduklah kamu sebaik mungkin. Kemudian dirikan solat sunat (2 rakaat). Setelah itu sanjung puji kepada Tuhanmu. Kemudian bacalah doa:

"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk pilihan kepada-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon kemampuan kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon sebahagian daripada kurnia-Mu yang agung.Kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa.Engkaulah yang mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui bahawa wanita (sebut namanya) baik bagiku dalam agamaku dan kehidupanku serta akibat urusanku, maka tentukanlah dia untukku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah aku berkat padanya.Jika Engkau mengetahui bahawa wanita ini (sebut namanya) buruk bagiku dalam agamaku dan kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkan dia daripadaku. Berilah aku keputusan yang terbaik dan redhai diriku dengan apa yang Engkau tetapkan."



*Gambar Sekadar Hiasan

Ikhlas Dari ku,
Amiera Mohd Dan

Tuesday 6 May 2014

Terkesan Rindu.

Assalamu' Alykum....
Bertarikh 1 May 2014 bersamaan 1 Rejab 1435...
Insan kesayanganku telah dijemput Ilahi...
Ya Rabbul Izzati kau tempatkanlah  Nenda ku di kalangan orang-orang beriman....
Cukup sudah dia menahan sakit zahir dan batin selama beberapa tahun...
Ya Rabbi aku 'kira-kira' pemergiannya ini kepada-Mu dalam keadaan 'Bersih'...
Cuma aku sedikit terkilan tidak punya kesempatan menantap wajahnya kali terakhir tatakala saat menghembuskan nafas terakhir....
Tapi aku Redha...
Kerana segala perancangan yang Maha Hebat datangnya dari-Mu, Ya Rabbi...
Dan setiap yang hidup pasti akan merasai KEMATIAN(Ini Motivasi Hebat untuk Boost up kan Iman Kita) sebelum kami semua dikumpulkan semula di Padang Mahsyar untuk 'Timbang-Tara' Dosa-Pahala....
Memikirkan soal itu aku jadi Gerun....
Entah TANGAN MANA yang akan mengambil buku catatan AMALku...

Dalam Firman-Nya:
Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang (10), Maka dia akan berteriak: "Celaka aku!" (11). [Al-Insyiqaq: 10-11]

Dan Sabda Rasulullah S.A.W:
"Apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalnya kecuali 3 perkara iaitu Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak-anak yang soleh"

Seakan baru semalam kamu membuai ku tidur
Seakan baru semalam kamu membuat susu botol ku
Seakan baru semalam kamu menceritakan "How tok Ayah Met your Wali"
Seakan baru semalam kamu menceritakan kesusahpayahan sebagai Ibu Tunggal di Usia Muda
Seakan baru semalam kamu menasihatiku agar berhati-hati dalam itu ini
Seakan baru semalam kamu meraba tudungku yang bewarna Merah Saga menjadi kegemaranmu
Seakan baru semalam aku pertama kali aku menjahit baju raya buat kamu
Seakan baru semalam aku mendengar SUARA kamu yang masih menjadi 'RASA' hingga hari ini..

Mak We biarpun pesan Mama untuk hantarkan rasa rindu dan sayang kepadamu melalui bacaan Quran buat kamu itu tetap kan ku 'hantar'...Penulisan ini kerana kenangan dengan mu tak terkira banyaknya....


Hamba-Nya,
Amiera Mohd Dan

Wednesday 12 March 2014

Mufin Epal Kayu Manis.

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
80 gm minyak masak
1 biji telur
100 ml susu segar
2 biji epal merah/hijau - dibuang kulit dan dipotong dadu kecil
10 keping cawan kertas

Cara menyediakan:

1.  Panaskan ketuhar kepada 200 darjah Selsius selama 15 minit.

2.  Satukan minyak, susu, gula, garam dan telur.

3.  Kacau dengan pemukul telur sehingga gula larut.

4.  Tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk kayu manis diayak ke dalam sebuah mangkuk adunan.

5.  Masukkan epal merah/hijau yang telah dipotong dadu tadi. Gaul rata.

6.  Tuangkan adunan (minyak, susu, gula, garam dan telur yang dikacau larut tadi) ke dalam tepung.

7.  Kacau hingga basah. Tetapi jangan kacau terlalu lama.

8.  Susun cawan kertas di dalam tin mufin berlubang.

9.  Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sehingga hampir penuh.

10. Bakar selama 25 minit sehingga masak.


p/s:Bab2 masak muffin or cookies ni, saya still belajar with my youngest sista....but it's good to try.....


Vanilla Latte,
Chef.Amiera MD

Monday 10 March 2014

Abah......My Superman!!

Assalamu' Alykum

Abah....
My Abah is a MAN like no other,
He gave me life, nurtured me, taught me, dress me, fought for me, held me, shouted at me; if i am doing bad of course, kissed me;even misai abah tebal hahah, 
But most importantly LOVE me UNCONDITIONALLY. 
There are NOT ENOUGH WORDS I can say to describe,
Just how important my Abah was to me,
And what a powerful influence he continues to be...


Haji Mohd Dan bin Samah  (him at Makkah Al-Mukarammah)


With Loves from,
Your Eldest Daughter
Amiera Mohd Dan
25 Years Old