Dalam meniti-niti tangga-tangga akhir dalam penamatan pengajian ilmu 'dunia'ku, aku kerap tertanya-tanya pada mama...
Aku:Mama,semua sahabat2,rakan2 sudah tamat...entah bila baki subjek yang along yang pernah 'leka' ini mahu habis [sikit saja lagi amiera....gogogo]..
Mama:Jangan ikut orang...kita tahu 'tangga' kita di mana perlahan2 lama macam mana pun tetap akan tamat...dalam menuntut ilmu ini jangan ada perasaan 'patah semangat'...Lagipun dalam menuntut ilmu ini tiada istilah 'TAMAT'..Doa mama sentiasa bersama kamu anakku.[;( terharu....my 2nd idol after Rasulullah]
Kalian aku ini biasa2 bukan 'top student' aku juga memanjat menimba ilmu menggunakan transmisi 'manual' banyak prosedur nya...Tapi bukan ini yang mahu ku bincangkan seperti biasa KIASAN perlu menarik...
Bismillahirrahmanirahim,
Tiada amalan yang lebih mulia daripada menuntut ilmu.Apabila wahyu pertama dinuzulkan berbunyi Iqra' ,ia sudah cukup memberi isyarat akan kemuliaan dan kebesaran ilmu.
Bagaimana niat kita dalam mempelajari ilmu khasnya ilmu-ilmu teras agama (Tauhid, Fikah, Hadis, Tafsir, Tasawuf dsb) tersebut? "Untuk dan kerana apakah aku mempelajari dan menuntut ilmu-ilmu ini?" Tanyakan berkali-kali pada diri-sendiri.Adakah kerana Allah SWT ataupun kerana duniawi bersama habuan-habuannya?
Ya Rabbi! Macam-macam niat yang berselirat di dalam dada penuntut ilmu.Niat-niat yang patut di 'Bakulsampahkan'.Niat agar di gelar alim.Niat agar di gelar bijak pandai.Niat menimbunkan harta.Niat menipu manusia.Niat mendapatkan pangkat dan gelaran.Ringkasnya, niat hendakkan habuan duniawi.Niat AKHIRAT TERUS SEPI DAN DIKETEPI.
Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang menuntut ilmu daripada jenis ilmu yang dikehendakinya keredhaan Allah, (kemudian) dia tidak mempelajarinya melainkan agar mendapat habuan (mata benda) dunia, (maka) pada hari kiamat nanti, dia tidak akan memperolehi kebaikan syurga iaitu bau harumnya." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Allahu akbar! Kalau bau harum syurga pun tidak dapat di hidu, apalagi peluang yang ada untuk dapat masuk berseronok di dalamnya?Apakah ini kesudahan penuntut ilmu setelah hati berbunga bangga mendapat sedikit sanjungan dan pujian daripada manusia di atas dunia sebagaimana yang diniatkannya?Lebih keji daripada itu adalah apabila ilmu (khasnya ilmu agama) dipergunakan untuk berbantah-bantah di antara satu sama lain, dipergunakan untuk menutup kelemahan diri atau dipergunakan untuk memperbodohkan orang lain.Semua unsur tidak bagus ini harus dikikis dan dinyahkan seandainya kita mahukan redha Allah SWT. Sebaliknya kalau yang kita mahukan itu murka Allah SWT, maka silakan.
Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa menuntut ilmu agar ia dapat bermegah-megah (menyombong diri) dengan ilmu itu terhadap para ulama dan dapat berbantah-bantahan dengan ilmu itu terhadap orang-orang bodoh, dan dapat memalingkan dengannya wajah-wajah manusia, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam." (Riwayat Ibnu Majah)
Syukran Jazillan.
Apa-apa pun yang kita lakukan perlu niat kerana-Nya dan ikhlas, janganlah mengharap apa-apa balasan atau habuan.Hanya Dia yang Maha Mengetahui.Terima Kasih atas pembacaan, jika punya komen silakan yang baik semuanya datang dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari Aku....Mohon salah silap harap di maafkan dan di tegur.Sekian.
Hamba-Nya,
Amiera MD
No comments:
Post a Comment