Saturday, 1 March 2014

Orang Pertama.


Mungkin ada di antara kita yang sudah maklum dengan Orang Pertama tapi ada juga belum.
Jika punya salah silap harap di tegur. Sekadar perkongsian tidak lebih.
JazakAllah Khayr.



Orang yang Pertama menulis Bismillah,
[Nabi Sulaiman a.s]

Orang yang Pertama minum air zamzam,
[Nabi Ismail a.s]

Orang yang Pertama berkhatan,
[Nabi Ibrahim a.s]

Orang yang Pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat,
[Nabi Ibrahim a.s]

Orang yang Pertama dipanggil oleh Allah(SWT) pada hari Qiamat,
[Nabi Adam a.s]

Orang yang Pertama mengerjakan sai'e di antara Safa dan Marwah,
[Saiditina Hajar iaitu Ibu Nabi Ismail a.s]

Orang yang Pertama yang dibangkitkan pada hari Qiamat,
[Nabi Muhammad SAW]

Orang yang Pertama menjadi Khalifah Islam,
[Abu Bakar As-Siddiq r.a]

Orang yang Pertama menggunakan tarikh Hijrah,
[Umar bin Al-Khattab r.a]

Orang yang Pertama meletakkan jawatan Khalifah dalam Islam,
[Al-Hasan bin Ali r.a]

Orang yang Pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW,
[Thuwaibah r.a]

Orang yang Pertama Syahid dalam Islam daripada kalangan lelaki,
[Al-Harith bin Abi Halah r.a]

Orang yang Pertama Syahid dalam Islam daripada kalangan perempuan,
[Sumayyah binti Khabbat r.a]

Orang yang Pertama berSolat dengan Rasulullah SAW,
[Ali bin Abi Tholib]

Orang yang Pertama menulis Sirah Nabi Muhammad SAW,
[Ibban bin Othman bin Affan r.a]

Orang yang Pertama beriman dengan Nabi Muhammad SAW,
[Khadijah binti Khuwailid r.a]

Orang yang Pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW,
[Ali bin Abi Tholib r.a]

Orang yang Pertama membina menara di Masjidil Haram Makkah,
[Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH]

Orang yang Pertama masuk SYURGA,
[NABI MUHAMMAD SAW]


Saidina Ali menyatakan;Sesiapa mengimpikan kehidupan Dunia, maka dia perlu berilmu. Sesiapa mengimpikan kehidupan Akhirat, maka dia perlu berilmu. Jika kita mengimpikan kedua-duanya, maka kedua-duanya perlukan Ilmu Pengetahuan.




Aku Milik-Nya,
Amiera Mohd Dan.



No comments:

Post a Comment