Sunday, 24 November 2013

Jilbab itu Keterlaluan (part1).

Assalamu alaikum wbt....
Agak bersawang-sawang habuk blogku....
Harini mencuri waktu sedikit terluang menulis ini untuk sekadar pembacaan atau perkongsian mungkin...
Isi ini dikupas dari hasil pembacaan ku....
Jika ada salah,silap,terkurang,ter'tambah' harap ditegur...Kerana aku juga HambaNya yang masih 'menuntut' ilmuNya....

Apakah kemudahan Agama itu dengan mengikut Syariat-Nya atau melepaskan diri dari Syariat-Nya?

Sesungguhnya, ektstremisme dan puritasnisme adalah praktik yang berlebih-lebihan dan keterlaluan dalam menerapkan syariat, sementara pemakaian JILBAB sama sekali tidak mengandungi unsur-unsur berlebih-lebihan mahupun kekakuan, kerana Allah(SWT) yang mewajibkannya kepada kaum wanita.

Apakah menurutmu kemudahan dalam agama bererti mengaibkan perintah-perintah agama atau melaksanakannya?

Semua ajaran Islam itu mudah dan tidak ada aspek kesulitan di dalamnya.Kerana Allah(SWT) tidak memberi beban di LUAR BATAS kemampuan manusia. Allah berfirman:

"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu."
(Al-Baqarah 2:185)

Jilbab sebagaimana telah dijelaskan adalah perintah dari Allah (SWT) dan Rasul-Nya.Jilbab itu mudah dan bukan sesuatu yang kaku mahupun keterlaluan.Barangsiapa yang menunding JILBAB sebagai ekstremisme mahupun puritasnisme, maka ia harus memeriksa keimanannya kepada Allah (SWT) sebelum ajal menjemputnya.

Allah berfirman:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (Keimanan dan Keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin."
(At-Taubah 9:128)





HambaNya,
AmieraMD

No comments:

Post a Comment