Buat Zauj/Bakal Imam/Muslim Sejati...
Aku kongsikan dari pembacaanku...
Buat Zaujah/Bakal Isteri/Muslimah Sejati....
Di alu-alukan membaca untuk ilmu..
Dari Hadis Riwayat Ahmad.
Jabir bin Abdullah berkata Rasulullah(SAW) bersabda,
Rahsiakan rancangan lamaranmu. Kemudian ambil wuduk dan berwuduklah kamu sebaik mungkin. Kemudian dirikan solat sunat (2 rakaat). Setelah itu sanjung puji kepada Tuhanmu. Kemudian bacalah doa:
"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk pilihan kepada-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon kemampuan kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon sebahagian daripada kurnia-Mu yang agung.Kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa.Engkaulah yang mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui bahawa wanita (sebut namanya) baik bagiku dalam agamaku dan kehidupanku serta akibat urusanku, maka tentukanlah dia untukku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah aku berkat padanya.Jika Engkau mengetahui bahawa wanita ini (sebut namanya) buruk bagiku dalam agamaku dan kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkan dia daripadaku. Berilah aku keputusan yang terbaik dan redhai diriku dengan apa yang Engkau tetapkan."
![]() |
| *Gambar Sekadar Hiasan |
Ikhlas Dari ku,
Amiera Mohd Dan

No comments:
Post a Comment