Mama Abah setiap detik In Sha Allah Amiera memuliakan kamu..
Ini pesanan 'perumpamaan' dari Mama buatku.
Mama: Anakku jangan lupa hantar 'bubur' tiap lima waktu kamu jika Mama dan Abah sudah kembali ke Rahmatullah.
Amiera: Bubur??
Mama: Al-Fatihah dan Ayat Quran kerana di ibaratkan Mama di 'sana' seperti orang sakit di hospital menanti anak2 menghantar makanan dan lawatan setiap 'waktu melawat'...Jika katil sebelah anak2nya menghantar 'bubur' tapi jika kamu tidak menghantar 'bubur' Mama dan Abah hanya mampu melihat sayu....faham maknanya itu?
Amiera: maksud Mama 'waktu melawat' adalah setiap solat 5 waktu itu kan?Dan 'bubur' itu adalah Al-Fatihah dan ayat Quran kan Mama?
Mama: Ya anak sulung kesayangan Mama....
Amiera: In Sha Allah....dengan didikan dari Mama ini bakal Amiera tidak akan lupa...
P/s: Tahukah anda berbual dengan nada Qaulan Karima bersama Ibubapa adalah satu ibadah....
Hamba Allah,
Amiera Mohd Dan

No comments:
Post a Comment