Tuesday, 9 April 2013

Diet Air Kosong.


Syukur Ya Allah masih lagi bernafas dan hidup dengan sempurna dengan pinjamanMu yang sementara ini.
Terima Kasih/Syukran Jazeelan Abah&Mama yang tidak putus-putus menyokong disaat rebah tersembam bumi.

Diet Air Kosong.

Ini antara tips yang baik juga untuk diet.Kerana dalam tubuh manusia, terdapat usus yang panjangnya 8 meter (bentuknya berlekuk-lekuk dan juga berkelok-kelok) yang bertugas menyerap sari makanan (nutrisi).Apabila usus kita bersih , maka setelah kita mengambil makanan , nutrisi dapat diserap semua oleh usus sehingga berlaku proses pembentukan sel darah.Kemudian,darah inilah yang kemudian bertugas membawa nutrisi ke seluruh tubuh untuk kesihatan kita.

Dalam mengamalkan Diet Air Kosong ini kita perlu:

1.Orang yang mempunyai sakit jantung , diabetis dan penyakit tertantu lain tidak boleh melakukan diet.Seeloknya sebelum memilih untuk melakukan diet air kosong, minta nasihat pada Doktor dahulu.

2.Bila kita diet air kosong lebih dari 1 minggu dan tidak dapat meninggalkan kegiatan rutin, maka kita perlu mengambil JUS buah sebagai khasiat tambahan.

3.Tidak disarankan untuk menggunakan air paip atau air mineral.Untuk melakukan diet air kosong, sebaiknya gunakan air suling yang memiliki sifat magnetik untuk meningkatkan proses detoksifikasi.

4.Lebih kurang 8-10 hari sebelum diet air kosong, kita perlu mula makan banyak buah-buahan mentah dan sayuran, minum jus buah segar dan jus sayur.Perkara ini akan membantu menyediakan tubuh untuk berpuasa dan melakukan detoksifikasi selama melakukan diet.

5.Juga hindari makanan berat (makanan kaya dengan LEMAK), berMINYAK dan makanan PEDAS.Demikian juga, kebiasaan makan dengan berlebihan juga perlu dihindari.Jika kita tidak mengubah kebiasaan makan setelah diet, kita cenderung menambah berat badan dengan segara.

Nabi sering mengingatkan kita supaya mengawal nafsu makan minum.Dalam sebuah hadis, Nabi berkata:

"Tidaklah baik apabila engkau makan semua yang engkau mahu."


Dari RRA yang ku buat inilah hasilnya.Jika terdapat sebarang kesilapan harap memperbetulkan aku.Yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dari Aku, kerana Dia lah Maha Semua dan Aku hanya HambaNya.

Pesanan1:Nabi menyarankan supaya kita membahagikan perut kepada 3 bahagian:satu pertiga bagi   makanan,satu pertiga bagi minuman dan satu pertiga bagi pernafasan.

Pesanan2:'Kamu' nanti aku masakkan untuk kamu sup Talbinah untuk tenaga sepanjang kamu seharian    mencari rezeki

HambaNya,
Amiera MD


No comments:

Post a Comment