Monday, 25 February 2013

PEMAKANAN

Assalamu alaikum.
Terima Kasih Ya Allah masih memberi Jantung berdegup dan setiap Anggota berfungsi HEBAT dengan IzinMU.
Selamat Pagi+Tengahari.
Aku kini berada dalam keadaan 50-50% sihatnya.Dengan itu masa terluang aku cuba meng'GOOGLE' , membaca BUKU,dan juga bertanya pendapat ramai tentang "sebab apakah yang kita senang di hinggap penyakit..?" Dalam banyak-banyak medium yang aku kaji/baca aku tertarik pada buku Al-Qaanun fithib,Ibnu Sina (Jika salah harap memperbetulkan aku).Aku bukan Pengamal Perubatan,Doktor, Homeopathy...tapi aku suka kepada Reading,Research,Analyse.

Ibnu Sina membahagikan metabolisme makanan panas ataupun sejuk kepada 4 peringkat iaitu:
a)Peingkat Metabolisme pertama-
Makanan yang dikategorikan dalam peringkat ini diklasifikasikan sebagai makanan yang mempengaruhi     jasmani tetapi tidak jelas/kesannya langsung tidak dirasai.

b)Peringkat Metabolisme kedua-
Pada makanan peringkat ini akan menyebabkan metabolisme tubuh berubah tetapi akhirnya dapat dikuasai tubuh.Dari segi Jasmani,selepas makanan peringkat ini di makan kesannya memang akan terasa.Semua Nutrien adalah dalam peringkat kedua ini.Nutrien tidakdigunakan sebagai ubat tetapi cara awal kita menangani kesihatan.Contoh makanan pada peringkat ini adalah Kurma,kacang walnut,kekacang dan bijian.

c)Peringkat Metabolisme ketiga-
Makanan peringkat ini ciri-cirinya ia tidak dipengaruhi tubuh,malah ia pula yang mempengaruhi tubuh.Semua ubat termasuk dalam peringkat ini.Jadi diperingatkan hati-hati apabila memakan makanan dalam kategori ini.Dengan memakan makanan dalam peringkat ini boleh menyebabkan tekanan kepada fungsi2 dalam tubuh.Oleh kerana itu ubat tradisional juga punya dos dan tempoh penggunaan yang tetap.Contoh makanan dalam peringkat ini adalah jintan hitam,kayu manis,kunyit,hempedu bumi dan bawang putih.

d)Peringkat Metabolisme keempat-
Makanan pada peringkat keempat ini ialah makanan yang boleh menghentikan fungsi tubuh.Maknanya pada peringkat ini makanannya termasuk dalam klasifikasi toksik dan sebahagian ubatnya berasaskan kimia.Ubat yang berasaskan kimia boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi2 dalam tubuh.Juga terdapat beberapa jenis herba yang tergolong dalam klasifikasi toksik.Maka dengan itu ia hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor ataupun ahli perubatan yang pakar dalam perubatan herba.Contoh makanan dalam peringkat ini adalah kunyit putih,keladi tikus,kemunting cina,pegaga,ubi kayu dan benalu.

Kesimpulannya setiap makanan ada kebaikan dan keburukannya ia tertakluk cara pengambilan dan pengamalan kita.InshaaAllah yakin lah setiap sakit itu UJIAN dari ALLAH dalam membersihkan kita ini manusia yang kerap melakukan Dosa,Lalai,Leka kepadaNya.Apa yang kita tahu mencuba selagi yang boleh untuk menghindari dari terkena penyakit tetapi Apa yang PASTI kematian akan dirasai semua mahluk ALLAH.

Mungkin AKU/KAMU/KITA ini sempurna pada pandangan mahluk ALLAH.....Tapi pada pandangan ALLAH sudahkah AKU/KAMU/KITA cukup sempurna......?#LihatCerminMuhasabah

Segala salah silap harap ditegur untuk aku sedar aku ini kekal manusia.....Danke Schon ale....

Aku HambaMU,Engkau PenciptaKU,
AmieraMD

1 comment:

  1. good article to share..ibnu sina is the one of the best medicine specialist since long2 time ago

    ReplyDelete