Wednesday, 30 January 2013

Anak Mak....?

Assalamu alaikum

Selamat tengah malam ...

Pertama : Hari yang sangat hectic...kerana kelas full from morning till night.

Kedua : Selamat Pengantin Baru Zubed & Ashriq , Abg.Ngah Suhairi & Elly ,Kak Emma & Abg.Zaid

Ketiga : Yang ketiga berkaitan 'Anak Mak'.Perkara ini berbangkit kerana kerap diulang2 oleh Sahabat2
           
Bismillahirahmanirahim

Anggaplah penulisan ku pada kali ini lebih santai,hanya untuk perkongsian dan bertukar2 pendapat....

Soalan pertama:-

Kalau mak mentua kita GARANG dan SUSAH MAHU SENYUM?

Jawapan :
(hanya pendapat saya jika punya pendapat lain boleh drop off comment)


Jika kita dapati mak mentua kita garang/cengih kita lihat semula mak kandung kita, pernah tak dia marah jikalau kita tidak buat salah?Majoriti jawapan mesti tidak, kerana pada pengalaman saya Mama adalah Sahabat,guru,Ibu,kaunselor dan banyak lagi.Kerana maaf bertanya pada hari pertama kamu di nobat kan betul2 cukup umur siapa yang akan kamu rujuk dahulu?dan lelaki saya percaya situasi kamu sama seperti wanita kerana sesi luahan lebih selesa bersama ibu....betul?Susah mahu senyum,saya sebagai wanita kelak sebagai Isteri dan Ibu berpendapat bahawa wanita hanya lokek senyuman jikalau otak dan Jasadnya tidak beriringan, Maksudnya mempunyai masalah atau runsing.Kita tolak tepi ya jikalau ada Hamba ALLAH yang berasa Ujub(riak* correct me if I am wrong).TIPsnya untuk soalan ini Cuba rapat malahan jadi Teman Mesra dengan Ibu Mertua kamu selalu Tanya kesukaannya dahulu diikuti minatnya....jikalau boleh kamu boleh JV kongsi hobby.Tak salahkan?wanita selalunya kesukaan mereka tidak terlalu menyimpang jauh.Pada pengalaman saya berkomunikasi bersama orang veteran ini lebih bagus kerana infonya sangat Padat.Kerana kita hidup semakin tua bukan semakin muda.Jadi bila lagi kita mahu ambil ilmu ini jika bukan Sekarang.



Soalan Kedua:-

Mak Mertua ' CEREWET ' ?

Jawapan:

Baiklah sebelum tuju pada orang tanya dulu diri kita sendiri......Jikalau kamu pun CEREWET dalam pemilihan Baju,Kasut,Minyak Wangi etc.......jadi beritahu saya apa perbezaannya kamu dengan dia Mak Mertua kamu?Kadang2 Mak Mertua CEREWET kerana tidak mahu anaknya kelaparan jadi di asahnya kamu sampai pandai memasak......kerana tidak mahu anaknya ke Kerja dengan keadaan tidak terurus...jadi di bebelkan kamu sehingga kamu buat tanpa di suruh.....kerana tidak mahu anaknya tidur atas timbunan baju....jadi di leterkan kamu sehingga kamu tahu tugas mencuci,menyidai,melipat baju tanpa arahan.....Kemudian kamu tengok 'resultnya' kamu seorang wanita MultiTasking. Janji NIAT itu periksa semula ikhlas atau tidak....Kita sebagai perempuan jika ditanya mahu suami macam mana jawapannya selalu yang handsome,yang BerIman,yang Penyayang,yang Pangkat besar.....Cuba kamu kaitkan dengan kehendak kamu mahu lelaki seperti itu tapi kamu sendiri serba Serbi kurang di tambah pula tidak mahu berubah perangai....Cuba jikalau kamu seorang wanita bekerjaya + MultiTasking in house work + berIman+ berakhlak di ganding bersama Jejaka kacak,berIman,berakhlak,bertanggungjawab,berpangkat tinggi....tidak kah kamu rasa bagai Pinang di belah2...jadi sebenarnya ia pilihan kamu....selebihnya Berdoa pada ALLAH kerana dia Maha mengetahui....Maha Mengasihani....DIA juga tidak pernah lokek untuk memakbulkan permintaan hambaNya .


Kesimpulannya, kita ini perlu selalu positif kerana meMAAFkan lebih baik dari berDENDAM.Juga perlu ingat Dunia ini berputar jika dahulu kita mengatakan Mak Mertua kita yang cerewet nanti tidak Mustahil Bakal Menantu kita akan melemparkan kata2 yang sama pada kita.InshaaAllah tanamkan niat baik untuk mengambil Hati Ibu Mertua kerana Hati perempuan/wanita ini seperti Peti Ais yang panas di permukaan tapi sejuk di dalam.Sama juga seperti kerak Nasi jika di rendam lama akhirnya lembut juga...

Gambar untuk perkongsian ...InshaaAllah waktu saya akan tiba untuk setia dan menghormati mu di dunia & Jannah kelak.

Saya mendoakan pembaca berjaya dalam task penting ini.Buat Amynwatynapsah terima kasih kerana telah mengusulkan soalan ini.Dan juga terima kasih buat semua Mak cik2 ku yang sudi memberi Idea dan pendapat.

Sekian jika terkasar bahasa,terlanjur bicara harap di ampunkan.....


HambaNya ,
Amiera MD








No comments:

Post a Comment