Assalamu alaikum
Salam Jumaat.....Selamat Petang......
Hari ini adalah 28 Disember 2012 bersamaan 14 safar 1434.
Seperti tahun2 sebelum jugak orang kesayangan saya selepas ALLAH&RASULULLAH yang mendoakan kesejahteraan Ku adalah MAMA.....
Masih aku ingat pada umur 2 tahun aku dimasukkan Hospital kerana Nakal bermain bantal sehinggakan dahi terlanggar bucu 'TILES' tajam dan mengakibatkan luka yang perlu diJahit di dahi.
Masih aku ingat pada umur 4 tahun aku pernah di rotan dengan paip getah oleh mama kerana bermain air sehingga menyebabkan katil bilik tidur MamaAbah basah lencun.
Masih aku ingat pada umur 6 tahun di Pra sekolah Arwah Nenek yang akan datang menunggu aku untuk pulang dari sekolah....Semoga Arwah Nenek ditempatkan di kalangan orang yang beriman....
Masih aku ingat pada umur 7 tahun Abah yang setia menemani waktu rehat aku sehingga aku betul2 boleh berdikari...
Masih aku ingat pada umur 11 tahun kerana tandanya masih ade dijari oleh kerana sekolah aku terpilih untuk 3S sekolah kerap melakukan gotong-royong sehingga jari aku terkena benda yang aku sendiri tidak pasti menyebabkan isi daging sedikit terkeluar koyak....Nauzubillah....
Terimbau kembali pada umur 13 tahun Mama dan Abah menghadiahkan aku Jam tangan yang masih aku guna sehingga kini.....
Teringat kembali pada umur 16 tahun aku terpaksa mendaftar sendirian untuk tawaran sekolah teknik ini kerana Mama dan Abah Menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun itu.....baru aku tahu erti berdikari sepenuhnya.....
Teringat juga pada umur aku 20 tahun demi menyiapkan Final Year Project aku hampir saban malam tidur/bermustautin di bilik FYP bersama2 dengan rakan2 seperjuangan ku yang lain....
Hari ini aku masih sama seperti yang dulu hamba pada Allah SWT ....
Hari ini aku masih sama anak yang menyayangi ibu bapa ku....
Hari ini juga aku masih kakak kepada adik2ku yang sering berbual bertanyakan pendapat sebelum diusulkan kepada Mama&Abah.....
Hari ini harapan dan doa ku masih sama agar perjalanan Pengajianku,Jodohku,Kerjayaku,RumahTanggaku kelak,Hidupku dan Matiku dipermudahkan Dan mendapat keredhaan Nya ......
Amin Ya Rabb......
Untuk hidup lebih tenang aku telah belajar memaafkan orang dengan seikhlas-ikhlasnya.....
Yang baik datangnya dari Allah dan Yang buruk datangnya dari aku sendiri....
HambaNya,
Amiera MD
No comments:
Post a Comment