Wednesday, 28 November 2012

Penghijrahan Ku...

Assalamu alaikum semua.... Selamat sejahtera

Lamenya Ms.Amiera cuti dari menulis blog....
Kalo warga UniKL tahu lah yang sekarang adalah minggu final exam....
Alhamdulillah 2 paper dah setel now menunggu last paper jumaat ni before semester break...

PENGHIJRAHAN
Rasanya tak pelik pun ejaan dan perkataan ni...
Sesungguhnya tidak aku rasa mnyesal hilang cinta dunia kerana dengan ini aku lebih rapat dengan Pencipta aku.....Ya Allah kau lah kekasih Awal dan Akhir.....
Aku juga tidak membuang DUNIAku dan juga tidak melupakan Akhiratku...
"Denganmu aku hidup, Denganmu aku mati"

Jika dulu aku terpaksa memakai hijab kerana paksaan mama....
Sekarang aku memakainya dengan rela.....Ya Allah lain sungguh perasaannya..
Jika dulu berhijab tapi berpakaian ketat dan segala teguran mama aku tidak pedulikan tapi...
Sekarang jika mengenakan baju yang ketat sedikit membuatku tidak selesa menjadi tontonan ramai....
Bukan hendak meninggi diri tapi bertapa aku menyesal kerana lambat dari sedar akan kelalaian aku sendiri.....
Aku bersyukur kerana masih di berikan peluang untuk mencari HidayahNya dan RahmatNya....
Allahuakhbar....

Dulu gagal bercinta dengan cinta dunia aku resah jika tiada sesiapa yang SMS atau telefon..... tapi sekarang aku tidak lagi kesunyian kerana setiap SAAT kami berkomunikasi.....berinteraksi denganNya lebih membuat jiwa Ku tenang....

Entri Penghijrahan ni untuk perkongsian mengenai diriku....jikalau kamu membenci atau mengejiku Alhamdulillah kerana sekurang2nya kamu masih punya waktu membaca ceritaku....
Janganlah memuji penghijrahanku tapi doakan lah aku akan kekal dengan Penghijrahan ini Amin....

Jangan lah hanya menangis mengenangkan Dosamu sahabat tapi lakukan dengan bertaubat kepadaNya Allah yang satu....

InsyaAllah....selalunya kita yang lupa akan Allah...tetapi.....*fikir sendiri lah ye.....

Ok lah Sahabat Doa kan rakan2 saya dan saya untuk paper Technoprenuership kami.....

Selamat menunaikan Fardhu Maghrib dan juga Isya'......

This is me,
Amiera MD

No comments:

Post a Comment